Tuesday, 15 November 2016

Tempat-tempat menarik di pulau langkawi


DATARAN HELANG






Patung helang ini mempunyai ketinggian 12 meter yang menjadi asal usul bagi
Pulau Langkawi mendapat namanya . Bagi pelancong yang pertama kali sampai
ke sini , mereka pastinya akan terpegun dengan seni binaan patung ini yang terletak
bersebelahan dengan pelantar jeti kuah .



tarikan pelancongan di langkawi


Kereta Kabel Langkawi - Kalau datang ke Langkawi tetapi tidak mencuba kereta kabel di sini
sangat rugi kerana gondola-gondola di sinilebih menarik dan menggerunkan kalau nak dibandingkan 
dengan kereta kabel di Genting Highland. Terdapat 3 pilihan gondola yang boleh dipilih ( berlainan harga )dan yang paling membuatkan anda rasagayat adalah menaiki gondola berlantaikan kaca. Harga tiketuntuk mereka yang ada MyKad juga lebih murah. Namun kalau anda ke sini pada musim cuti sekolah, cabaran nak beratur membeli tiket memang sangat menguji kesabaran sehingga
 berjam-jam lamanya.

cable car langkawi


SkyBridge - Kalau nak lihat pemandangan Pulau Langkawi dari puncak yang paling menarik,tidaklain dan tidak bukan SkyBridge adalah jawapannya. SkyBridge ini merupakan jambatan melengkung yang menghubungkan 2puncak bukit (Bukit Machinchang) yang mana pengunjung boleh berjalan dan melihat pemandangan Pulau Langkawi secara 360 darjah. Untuk ke SkyBridge pelancong boleh menaiki kereta kabel.Waktu terbaik adalah untuk ke sini 
pada waktu petang sedikit kerana kurang panas dan sekiranya cuaca buruk kebiasaannya SkyBridge dan perkhidmatan kereta kabel akan ditutup.

TEMPAT MAKANAN MENARIK DI PULAU LANGKAWI



Laksa Power ( Jalan dari Airport Langkawi ke Pantai Cenang Langkawi )
Lokasinya amat strategik kerana terletak di bahu jalan antara lapangan terbang Langkawi menuju ke pantai Cenang Langkawi. Laksa power ni memang power habis dan sangat sedap. Memang kami rekomen pada anda yang mahukan makanan asli Langkawi. Selain laksa, disini juga ada jual cendol, bihun sup, rojak petis, rojak singapura dan juga air minuman. Harganya amat berpatutan dari RM3 ke atas.

 2. Restoran Wan Thai ( pekan Kuah Langkawi )
Tatkala kami masuk ke dalam restoran Wan Thai ini, memang terasa aura ‘thai’ dan sangat authentic. Menu yang disediakan adalah makanan thai yang sangat sedap. Anda perlu cuba otak-otak Wan Thai ini kerana memang penuh dengan udang, isi ketam, ayam dan kerang dan rasanya amat unik. Selain itu ada juga pencuci mulut, masakan signature yang lain. Kapasitinya pula boleh memuatkan seramai 300 orang pada satu-satu masa. Best!

3. Yellow Cafe ( Pantai Cenang Langkawi )
Bagi anda yang inginkan suasana romantis, anda boleh datang ke Yellow Cafe yang terletak di persisiran pantai Cenang. Restoran ini dibuka dari waktu petang hingga tengah malam dan menyediakan makanan western.
Lokasi berdekatan dengan Underwater World Langkawi.
Underwater World Langkawi  Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah

TEMPAT PENGINAPAN YANG MENARIK DI PULAU LANGKAWI

 Desa Motel ( LINK )
No 79, Jalan Pantai Tengah, Pantai Cenang, Langkawi, Malaysia 07000
desa-motel
Geopark Inn Langkawi ( LINK )
Komplek Pekan Rabu, Level 4 Pekan Kuah Langkawi Kedah 07000 Malaysia
Geopark-Inn-Langkawi2
Panorama Langkawi Country Resort ( LINK )
Jalan Padang Langkawi Kedah 07000 Malaysia
Panorama-Langkawi-Country-Resort

AKTIVITI YANG MENARIK DI PULAU LANGKAWI
1) Parasailing di Pantai Tanjung Rhu Langkawi
bercuti-langkawi-1

2) Berbasikal ‘tua’ di sekitar Padang Matsirat
bercuti-langkawi-2
3) Sewa helicopter dan pusing di sekitar pulau
bercuti-langkawi-3

Maklumat syarikat pelancongan
Hubungi kami
Hadigo Travel and Tours Sdn.Bhd
(SSM:11134566D)
Alamat:HQ S-096A Block E, 3rd floor 
seasons square, jalan PJU 10/4
Damansara Damai , Sungai Buloh,
07000, Langkawi.
Tel pejabat: 04 42876041
email: support@melancong.com.my